BERITA & INFO TERBARU

Wednesday, May 10, 2017

Kisah Kakek Berumur 83 Tahun Ini Sungguh Mengharukan, Tapi Dia Memiliki Tempat Tinggal Yang Unik Banget

Seorang warga emas terpaksa menjadikan sebuah mobil sebagai tempat berteduh dari hujan panas dan melelapkan mata berikutan tiada tempat tinggal.
Walaupun sedih mengenangkan nasib menimpanya, namun menurut Bahari Abdullah @ Beh Chin Teong, 83, dia tetap reda dan menganggap itu ujian untuknya.


Dia yang ditemui di hadapan sebuah rumah di Jalan Kuala Trong, di sini, menjadikan sebuah mobil sebagai tempat tinggal sejak dua tahun lalu.
"Apa pakcik boleh buat, pakcik tak mahu susahkan orang lain, jadi ini mungkin pilihan terbaik.
"mobil inilah rumah pakcik, tempat berehat dan melelapkan mata," katanya kepada Sinar Harian.

Bahari berkata, selain sudah berusia, dia juga mengalami lumpuh separuh badan iaitu bahagian kiri sekali gus menyukarkannya untuk bergerak.
"Tapi pakcik masih boleh bergerak ke kedai untuk beli makanan guna mobil ni sebab guna gear automatik," katanya.


Mengulas lanjut, Bahari berkata, dia juga berharap dapat tinggal di rumah orang tua kerana mungkin kehidupannya lebih selesa dan terjaga.
“Sekarang pakcik seorang diri dan hanya harapkan bantuan serta pertolongan penduduk kampung,” katanya.Jelas Bahari lagi, sekiranya kawasan itu dinaiki air, dia akan ke rumah rakannya untuk menumpang teduh buat sementara waktu.


"Walaupun sedih mengenangkan nasib diri, namun pakcik reda dan perlu juga teruskan hidup."Pakcik bersyukur dengan bantuan RM250 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekurang-kurangnya dapat ringankan bebanan terutama untuk perbelanjaan harian," katanya.

close
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kisah Kakek Berumur 83 Tahun Ini Sungguh Mengharukan, Tapi Dia Memiliki Tempat Tinggal Yang Unik Banget

0 comments:

Post a Comment